Senarai Jawapan bagi semua persoalan anda
Bagaimana kami boleh membantu ANDA?
Siapakah Kasih Prihatin
Kasih Prihatin merupakan platform untuk mengumpul dan menyumbang dana kepada mereka yang memerlukan di dalam bidang yang berlainan seperti Pendidikan, Kemanusiaan, Bencana dan kecemasan serta kesihatan. Kami juga menawarkan tempat kepada mereka yang memerlukan di dalam bidang teknologi sains termasuk seni budaya.
Siapa mengendalikan platform ini?
Kasih Prihatin ditubuhkan dan di kawal selia oleh Yayasan Prihatin Nasional dan dipantau oleh rakan strategik kami yang merupakan selebriti dan organisasi yang tersenarai.
Sekiranya saya mempunyai soalan, pada siapa patut saya bertanya?
Anda boleh menghubungi kami dengan berbagai cara. Cara paling mudah untuk menghubungi kami dengan menggunakan chat secara langsung yang disediakan, atau mungkin boleh menuliskan emel kepada kami dan sekiranya anda ingin mendapatkan maklumat pantas, anda boleh menelefon secara terus talian pejabat kami.
Boleh saya menyebarkan laman web ini kepada khalayak umum?
Ya, bagi setiap satu kempen yang berjalan kamia akan memberikan pautan secara terus bagi kegunaan disecarkan di media sosial seperti Instagram, Facebook, Twitter, WhatsApp dan Telegram.
Siapakah yang layak beri bantuan?
Kami di Kasih Prihatin menerima semua yang memerlukan tidak kira samada secara individu, kumpulan atau organisasi. Anda hanya perlu membuktikan bahawa kempen yang anda jalankan amat diperlukan dan mempunyai bukti kukuh kerana setiap kempen akan menjalani saringan ketat bagi memastikan tiada yang mengambil kesempatan di atas kemudahan yang disediakan.
Berapa jumlah paling rendah saya boleh menyumbang?
Kami menerima kemurahan hati anda dengan terbuka. Walaubagaimanapun, untuk mempermudahkan urusan perbankan, kami mengehadkan kepada nilai minimum sebanyak RM5 bagi setiap sumbangan.
Berapa lama untuk saya menjalankan pengumpulan dana?
Kami memberikan anda kebebasan sebagai pengumpul dana untuk menentukan jarak masa diperlukan untuk tujuan kempen itu. Walaubagaimanpun, kami memberikan nasihat dan memberi pendapat berkenaan kesesuaian masa berdasarkan pengalaman dan penilaian kami.
Kenapa menderma melalui kami?
Ketelusan adalah prinsip asas buat kami. Kami memastikan setiap sumbangan dana yang anda perlukan akan dipenuhi dan penerima dana tersebut yang menerima akan melalui proses secara telus dan pengauditan.







