TABUNG KASIH PRIHATINxDXN
-
RM1,000,000.00
Funding Goal -
RM0.00
Funds Raised -
Campaign Never Ends
Campaign End Method
Campaign Story
Dengan kerjasama istimewa bersama DXN Holdings Berhad, Kasih Prihatin telah menjalani hampir tiga tahun yang amat bermakna dalam misi kami untuk membantu mereka yang memerlukan. Kerjasama ini telah mewujudkan pelbagai bentuk sumbangan yang telah diberikan oleh DXN Holdings Berhad dan telah berjaya mengukir senyuman kepada ramai penerima bantuan di kalangan mereka yang dilanda musibah.
Seperti diketahui umum, DXN bukan sekadar entiti perniagaan semata-mata, tetapi turut aktif dalam pelaksanaan program-program kemasyarakatan. Bersama Kasih Prihatin, kami telah memberikan pelbagai bentuk bantuan seperti sumbangan tunai, bantuan bakul makanan, peralatan elektrik, keperluan rumah, dan banyak lagi kepada mereka yang memerlukan.
Kerjasama ini telah memberi manfaat kepada pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang bangsa, agama mahupun politik. Mangsa banjir di Selangor, Kelantan, Pahang, dan Negeri Sembilan, pelajar universiti yang kurang berkemampuan, pelajar sekolah dari golongan miskin, rumah anak yatim, penduduk PPR Lembah Klang yang terjejas teruk oleh musibah Covid-19, peneroka Felda melalui Program Ziarah Komuniti, dan banyak lagi adalah antara penerima manfaat yang telah dibantu sebelum ini.
Untuk masa mendatang, banyak yang telah dirancang bagi kerjasama ini termasuklah rancangan untuk menyediakan alat bantu mengajar kepada Sekolah Pendidikan Khas, sumbangan perabot seperti katil dan peralatan perubatan kepada Rumah Orang Tua, serta biasiswa pendidikan kepada mahasiswa cemerlang.
Kami sangat mengalu-alukan sokongan dan sumbangan dari semua pihak, terutamanya para ahli DXN, kepada Tabung Kasih Prihatin. Dengan sumbangan anda, kami dapat mempergiat dan memperluaskan lagi program kemasyarakatan ini dalam membantu sebanyak mungkin mereka yang memerlukan. Bersama kita menjadikan dunia ini tempat yang lebih baik untuk semua.
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.