TABUNG KASIH PRIHATIN
-
RM100,000.00
Funding Goal -
RM0.00
Funds Raised -
Campaign Never Ends
Campaign End Method
Campaign Story
Kasih Prihatin bukan sekadar satu platform. Ia adalah lambang rasa simpati dan prihatin yang diterjemahkan dalam tindakan nyata. Kami telah membina tempat di mana bantuan dan perhatian diberikan kepada golongan yang memerlukan, terutamanya mereka yang kurang bernasib baik dan terjejas akibat musibah dan bencana. Kasih Prihatin adalah tempat di mana kita, sebagai komuniti bersatu hati, dapat membantu mereka yang sedang bergelut dengan kesulitan hidup. Marilah kita bersama-sama menjana perubahan positif dan menyebarkan cahaya kasih kepada mereka yang memerlukan.
Kami telah menjalankan pelbagai program kebajikan dalam membantu orang ramai yang terkesan oleh pelbagai bencana dan musibah. Dalam menghadapi cabaran global seperti pandemik Covid-19 misalnya, Kasih Prihatin bukan sekadar bersimpati, tetapi kami turun padang dan bertindak aktif. Bantuan Bakul Makanan Covid-19 adalah program yang berjaya membantu golongan yang terjejas teruk. Kasih Prihatin juga mengagihkan program Bantuan Awal Pendidikan, membantu kanak-kanak miskin dan kurang bernasib baik untuk memperoleh pendidikan awal yang berkualiti. Ini tidak hanya membuka pintu kepada masa depan yang lebih cerah untuk mereka, tetapi juga memberi mereka peluang untuk mengecapi potensi penuh diri mereka.
Kasih Prihatin bergerak dengan bergantung kepada sumbangan dan kemurahan hati para dermawan. Di Kasih Prihatin, kami dapat membuktikan bahawa setiap sumbangan mempunyai impak yang besar. Setiap sumbangan, sebesar apa pun, sangat bermakna bagi mereka yang memerlukan. Mari sertai misi kami dalam membawa cahaya dan harapan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Bersama-sama kita membantu dan menyokong ke arah memberikan kehidupan yang lebih baik kepada mereka memerlukan.
Name | Donate Amount | Date |
---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Reviews
There are no reviews yet.