JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA
Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah diadakan di Peringkat Parlimen Sabak Bernam. YB Tan Sri Noh bin Haji Omar, Menteri Pembangunan, Usahawan dan Koperasi telah menyempurnakan majlis ini di Dataran Usahawan, Sabak Bernam.
Penyerahan Surat Tawaran Masuk Pengajian dan Bantuan Tunai Awal Pengajian Sumbangan Yayasan PETRONAS telah disampaikan oleh YB Tan Sri Noh kepada pelajar yang layak dalam satu majlis simbolik. Universiti Awam dan Institusi Kemahiran turut hadir bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk melangkah ke menara gading. Perkhidmatan dan Bantuan Cermin Mata percuma juga diadakan khas untuk semua pelajar yang hadir.
Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Aizuddin Ghazali (CEO PRIHATIN) @ceo.prihatin , YBhg. Datuk Dr. Haji Abd Rahman bin Bakri (Pengerusi Majlis Pembangunan Usahawan dan Koperasi Parlimen (MPUKP) Sabak Bernam), YBhg. Datuk Seri Dr. Haji Abdul Fattah bin Abdullah (Presiden ANGKASA Malaysia), YBhg. Encik Rozdeen bin Mohd Jaafar (Pengarah Suruhanjaya Koperasi Negeri Selangor) dan YBhg. Dato’ Haji Mohd Alias bin Hamzah (Pengarah ANGKASA Negeri Selangor).
Client:
WebGeniusLab
Date:
June 12, 2020
Categories:
Charity
Tags:
Charity, Care