
PROGRAM KAMI PRIHATIN SEMPENA JELAJAH PENDIDIKAN KELUARGA MALAYSIA
Program KAMI PRIHATIN Sempena Jelajah Pendidikan Keluarga Malaysia (JPKM) anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Sungai Buloh, Sungai Buloh. YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN telah menyempurnakan majlis ini.
Penyerahan Sumbangan Bantuan Barangan Kelengkapan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) telah disampaikan oleh YBhg. Dato’ Mohd Aizuddin kepada pelajar yang layak. Antara barangan bantuan adalah sumbangan wang tunai dan barangan kelengkapan sekolah. Perkhidmatan dan Pemeriksaan Mata Percuma turut diadakan khas bagi para pelajar di sekolah tersebut. Turut hadir YBrs. Puan Nori Tun Abdullah, Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia (PENYAYANG)
Organizer
Yayasan Prihatin Nasional
Date:
Nov 10,2022
Categories:
Charity
Tags:
Charity, Care












