PRIHATIN dengan kerjasama DXN Holdings Berhad telah mengagihkan barangan keperluan makanan asas dan sumbangan wang tunai kepada mangsa-mangsa banjir bertempat di Masjid An Nur, Wakaf Bharu, Kelantan. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Dato’ Mohd Aizuddin Ghazali, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN.